Pihak SMK Sungai Udang telah menghantar 4 orang untuk mewakili SMK Sungai Udang dalam Pertandingan Folio Kerjaya 2011 Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka. Kerjaya yang telah dipilih ialah Doktor Pakar Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).
Pelajar yang terpilih daripada tingkatan 4 Sains iaitu :
Siti Aqilah Binti Ahmad Affendy
Nurul Syafikah Binti Che Razmi
Selly Septy Nurmy Binti Mohd Yatim
Rosma Binti Naksir
Wajah-wajah pelajar yang terpilih bersama Doktor Pakar Sakir Puan dari kiri Nurul Syafikah, Rosma, Siti Aqilah, Dr. Ahmad Saifuddin & Selly Septy.
Mereka telah menemu ramah Dr. Ahmad Saifuddin Bin Ahmad Yahaya di Hospital Mahkota, Melaka. Guru yang mengiringi mereka ialah Puan Siti Kertini Binti Abd Hamid. Alhamdulillah, SMK Sungai Udang telah berjaya meraih kemenangan pada Tempat Ke-2 Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan ini telah di pertandingkan di SMK Tun Abdul Malik, Melaka.
