Saturday, 13 August 2011

Perkhemahan PKBM(D) Peringkat Negeri Melaka 2011


Pada 25/04-29/04/2011 telah diadakan Perkhemahan PKBM(D) Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2011. SMK Sungai Udang, Melaka telah menghantar 2 platun untuk mengikuti perkhemahan tersebut. 1 platun lelaki dan 1 platun perempuan. banyak pertandingan yang telah di pertandingkan antaranya :

i) Kawad kaki & senjata (kategori lelaki & perempuan)
ii) Menembak 100m & 200m (kategori lelaki & perempuan)
iii) Tembak piring (lelaki & perempuan)
iv) Compas Matching (lelaki & perempuan)

Syukur Alhamdulillah, SMK Sungai Udang telah meraih 3 kemenangan iaitu :

i) Kawad kaki & senjata (kategori lelaki) - Tempat Ke-2
ii) Kawad kaki & senjata (kategori perempuan - Tempat Ke-3
iii) Menembak piring (kategori perempuan) - Tempat Ke-3

PKBM(D) SMK Sungai Udang telah dilatih oleh 32RAD Kem Terendak Melaka. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak 32RAD kerana telah berjaya menurunkan ilmu & melatih ahli PKBM(D) tanpa mengenal erti putus asa. Tontonlah 'slide show' di bawah. Harap anda semua terhibur.. terima kasih kerana sudi melawat. :)

PKBM(D) berjaya!! :)