Thursday, 7 July 2011

Pengiktirafan NILAM

Salam 1Malaysia semua...
                                               
 Cerita sebelum ini, memberitahu pembaca semua mengenai pelancaran Program  NILAM.Pada hari ini, pembaca akan mengetahui bagaimana pengiktirafan NILAM diberikan kepada pembaca.

                                                      Bagaimana pembaca semua, faham tak gambar diatas ? Kutub Khanah SMKSU sudi menerangkan tahap pengikitrafan tersebut. Bagi tahap Jauhari kategori sekolah menengah, ganjaran tertinggi ialah NILAM. Ada tiga peringkat sebelum mencapai ganjaran tersebut.  Peringkat pertama ialah Gangsa, buku yang mesti dibaca ialah 72 buah buku sehingga 143 buah buku.

      Peringkat kedua ialah Perak 144 buah buku sehingga 215.Tahap ketiga pula ialah Emas,buku yang mesti dibaca ialah 216 buah buku sehingga 267.

Faham tak sekarang? Mudah sahaja kita sebagai pembaca untuk mendapat pengiktirafan dalam program NILAM. Jadi apa lagi yang ditunggu kawan-kawan, mulakanlah membaca sekarang.MEMBACA AMALAN MULIA.